Assalamualaikum & Hello :)
Sudah beberapa kali cuba ber'blogging' tapi asyik edit dan delete sahaja. Al maklum masih baru dalam bidang blog ini. Untuk permulaan saya berikan Pantun Melayu yang saya dapat dari blog lain.
Sirih berlipat sirih berpinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Ada yang memanggil Lya, ada yang panggil Yani tapi kebiasaannya saya memperkenalkan diri sebagai Ilyani. Berasal dari Ipoh perak, berumur 29 tahun (30 Dec ini). Mendapat pendidikan Sekolah Rendah & Menengah di Convent Ipoh dan sempat mengikuti kursus pendek di INTI College Penang selama 4 bulan. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat International Canadian Pre-University di Taylors College (Taylors University kini) selama 1 tahun dan diterima di UCSI University dalam bidang Ijazah Bioteknologi. Dah tamat pelajaran ada niat nak sambung Masters tapi mengambil keputusan untuk berkahwin. Sekarang dah berkahwin pada tahun ke-3 dan mempunyai suami yang penyayang dan bertanggungjawab & seorang putera Iman Hakim bin Hanizan. Alhamdulillah. Saya seorang suri rumah tangga yang berkerja dari rumah sebagai Personal Wellness Coach Herbalife dan projek terbaru saya dealer Enagic aka Kangen Machine (tak reti duk diam). Memang dari remaja saya minat dan suka dalam bidang kesihatan dan pemakanan (pernah bercita-cita menjadi Medical Doctor tapi dapat tawaran Dentist pulak-decline sbb I cannot imagine my whole life looking into people's mouth). Masih menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Masters InsyaAllah dengan izin Allah sebelum umur 35 tahun (mission).
Saya akan cuba sabaik mungkin untuk update blog few times a week dan berkongsi pengalaman & ilmu dengan blogger lain. Wassalam
