Tuesday, 20 September 2016

FAKTA DAN MITOS DIET

MAKAN WAKTU MALAM MENGGEMUKKAN
Ini adalah mitos kerana tiada bukti atau kajian yang sahih yang menyatakan makan waktu malam itu menggemukkan. Walau bagaimanapun, pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan naik berat badan, dan kebanyakkan orang yang makan waktu malam suka makan secara berlebihan dan memilih makanan yang tinggi kalori. Ia akan mengakibatkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Sebaiknya amalkan rutin pemakanan yang awal dan teratur.

PEMANIS TAMBAHAN MAKANAN ADALAH TIDAK BAIK
Kiub gula, madu dan sirap jagung tinggi fruktos mempunyai kalori antara 48 dan 64 sesudu. Kajian menunjukkan tubuh badan menyerap gula tambahan dari makanan seperti sirap jagung tinggi fruktos dan kiub gula dengan kaedah/cara yang hampir sama. Daripada mengelakkan satu jenis pemanis tambahan di dalam makanan, lebih baik hadkan pengambilan gula tambahan secara keseluruhan seperti minuman berkarbonat dan gula-gula.

KOPI TIDAK BAIK UNTUK ANDA
Ini adalah mitos kerana pengambilan kopi secara sederhana iaitu 2 hingga 3 cawan sehari adalah diet sihat dan selamat kerana kopi mempunyai fitokimia antioksida. Kajian menunjukkan kopi mampu mengurangkan risiko diabetes type 2, hempedu batu, penyakit Parkinson dan sesetengah kanser. Pastikan anda tahu kandungan kalori di dalam secawan kopi dan elakkan krim, gula dan sirap perasa yang lain.

LAGI SIKIT LEMAK ANDA MAKAN LAGI BAIK
Tubuh badan memerlukan 3 komponen nutrisi untuk kekal sihat; protein, karbohidrat dan lemak. Ya, lemak! Lemak bagus terdapat pada makanan seperti kekacang, bijian/seeds, ikan, avocado, zaitun dan bahan tenusu rendah lemak yang berfungsi membekalkan tenaga, membina sel baru dan membina hormon badan. Lemak tidak baik yang perlu dielakkan ialah lemak tepu dan lemak trans, terdapat pada makanan seperti mentega, bahan tenusu tinggi lemak, daging merah dan makanan proses.

MENUKARKAN GARAM LAUT UNTUK KURANGKAN SODIUM
Menukar garam biasa kepada garam laut untuk kurangkan sodium adalah mitos. Mengikut berat, garam gourmet dan garam biasa mempunyai kandungan sodium yang sama. Sebaliknya, gunakan lada hitam, herba dan rempah ratus di dalam makanan. Sebenarnya 75% kandungan garam dalam badan diperolehi daripada sup, bahan perasa, keju dan makanan dalam tin. Sodium berfungsi mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolite di dalam badan.

MINUM AIR UNTUK BANTU TURUN BERAT BADAN
Ya! Air sangat penting untuk tubuh badan kita tetapi minum air untuk bantu turun berat badan? Ia tidaklah seratus peratus betul. Ia memang betul boleh membantu untuk turun berat badan jika mengambil air kosong dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mengambil air manis yang tinggi kalori. Tetapi jika minum air kosong sahaja tanpa menukar diet atau pelan pemakanan anda ia tidak memberi apa-apa kesan ke atas berat badan anda.

ELAKKAN BIJIRIN PROSES
Bijirin asli baik untuk kita kerana ia penuh dengan serat, vitamin, mineral dan fitokimia. Ia tidak bererti anda tidak boleh mengambil bijirin proses langsung. Bijirin proses amat berguna ketika tubuh badan sedang pulih dari jangkitan pada usus. Sesetengah bijirin proses juga kaya dengan asid folik. Tidak dinafikan bijirin asli pilihan yang lebih sihat berbanding bijirin proses tetapi bijirin proses juga mempunyai kelebihannya.

GULA MEMBUATKAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Seringkali kita dengar mitos ini tetapi hakikatnya kajian menunjukkan gula tidak membuatkan kesemua kanak-kanak hiperaktif. Cuma berikan perhatian terhadap pengambilan gula-gula kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak tidak makan makanan berkhasiat.

ATLET YANG BAIK MEMERLUKAN PROTEIN YANG BANYAK
Protein diperlukan untuk membina stamina dan otot tubuh badan. Walau bagaimanapun kebanyakkan diet menyarankan untuk mengambil kandungan protein yang tinggi. Untuk menjadi seorang atlet yang baik bukan sahaja perlu mengambil protein tetapi kalori secukupnya dan rutin latihan secara berterusan. Mereka juga perlukan snek-karbohidrat dan snek-protein sebelum dan selepas rutin latinan intensif.

PENGAMBILAN GULA YANG TINGGI MENGAKIBATKAN DIABETES
Risau dengan tabiat suka makan kek atau manisan lain akan menyebabkan sakit diabetes? Jangan risau kerana ia hanyalah mitos. Jika anda bukan pesakit diabetes, memakan gula tidak akan menyebabkan anda untuk mendapat penyakit diabetes. Jadi apa yang boleh menyebabkan diabetes? Menjadi seorang yang tidak aktif dan mempunyai berat badan berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes. Nasihat saya, jauhi makanan yang tidak bernutrisi dan tinggi gula dan bangun dari kerusi itu!

KARBOHIDRAT MENYEBABKAN NAIK BERAT BADAN
Ia mitos kerana bukan semua karbohidrat tidak baik untuk tubuh badan anda.  Walau bagaimanapun, ada diet rendah karbohidrat untuk pengamal diet turun berat badan. Diet rendah karbohidrat ini juga biasanya diet kalori yang terkawal. Selepas satu jangka masa ia boleh membuatkan anda turun berat badan tanpa mengetahui dari sumber protein, lemak mahupun karbohidrat.

*TIPS MENGETAHUI MITOS DIET*
1. Jika ia kedengaran terlalu bagus, ia mungkin semudah yang disangka. Ya! Ia mitos.
2. Tanya diri anda, “Siapa yang cakap?” Adakah dia membuat kenyataan yang tidak berasas? Adakah dia membuat kenyataan semata-mata untuk menjual produknya? Adakah informasi tersebut berdasarkan kajian?
3. Tiada rahsia untuk turun berat badan ataupun kekalkan berat badan. Memang dari dulu lagi kita tahu makan makanan berkhasiat dan bersenam adalah kunci untuk gaya hidup yang sihat.


Ramai yang hanyut dalam zaman teknologi serba moden dan canggih kini. Jangan jadi alpa, scroll fb dan instagram untuk perkara yang tidak berfaedah. Carilah sumber inspirasi, ilmu dan ilham supaya kita kekal gemuk dan tidak sihat. Tidak mudah untuk turun berat badan jika dilakukan secara bersendirian. Join Cabaran Kurus 30 Hari bersama Coach ilyani. Ia seperti anda mempunyai personal coach di alam maya. Whatsapp 012-5885877 untuk fast response.

-Coach ilyani-
Coach kurus 0125885877


Friday, 16 September 2016

DIET RENDAH G.I

Terdapat pelbagai jenis diet yang popular di kalangan pengamal diet turan berat badan. Mungkin anda pernah dengar tentang diet Atkins, diet South Beach, diet rendah karbohidrat, diet rendah lemak, diet cecair, diet detoks, diet jus mahupun diet sup kubis. Terkini, diet Indeks Glisemik (G.I) kian menyorot perhatian kerana dilihat antara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan tanpa membebankan pengamalnya.

G.I. ialah sistem pengukuran nilai karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan keputusannya menaikkan paras glukosa dalam darah. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100. Makanan karbohidrat umumnya terbahagi kepada tiga kelompok iaitu:-
G.I. Tinggi melebihi paras 70
G.I Sederhana lingkungan 55-70
G.I Rendah di bawah paras 55

Semakin tinggi nilai G.I karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang dirembeskan kerana tindak balas karbohidrat tersebut. Makanan tinggi G.I seperti bikut, bijirin emping jagung, kraker, madu, minuman ringan dan buah tembikai amat cepat melepaskan glukosa ke dalam darah. Peningkatan tenaga sebegini amat baik  buat golongan atlet tetapi tidak sama sekali bagi individu normal yang menjalankan gaya hidup sederhana.

Sementara itu, makanan dengan G.I rendah seperti epal, kekacang, aprikot kering, kek oat, pasta dan pir dicerna lebih lambat, tetapi menstabilkan tahap glukosa darah. Ini memberi lebih banyak faedah kepada kesihatan. 
"Banyak perbezaan antara pelan diet G.I dan diet popular lain. Paling ketara diet G.I diilhamkan daripada ilmu sains yang terbaik,"terang Professor Nutrisi di Universiti Oxford Brookes, Jeya Henry.

Walaupun pada asalnya diet rendah G.I ini direka khas untuk pesakit diabetes mengawal tahap gula darah mereka, namun ia sebetulnya sesuai untuk sesiapa sahaja. Kajian mendapati bahawa diet ini membantu untuk meningkatkan paras kolesterol baik HDL dan mengurangkan paras kolesterol tidak baik LDL yang menyebabkan risiko penyakit jantung. Bahkan, diet ini juga selamat untuk seisi keluarga. 



Sebagai seorang Coach Turun Berat Badan, saya sendiri mengamalkan diet G.I. Ini berlaku secara tidak langsung kerana saya tidak tahu mengenai G.I pada ketika sedang berdiet. Saya cuma mengikut jadual pemakanan yang diberikan oleh Coach saya. Sarapan dan dinner dengan shake nutrisi, lunch nasi berlauk dan snek dua kali. Rupanya Sarapan dan dinner saya iaitu nutrisi shake juga diiktiraf sebagai makanan rendah G.I. Alhamdulillah saya berjaya turun berat 15kg post pregnancy pertama dan 13kg post pregnancy kedua. Kepada ibu-ibu atau wanita yang ingin mencuba diet G.I dengan bimbingan Coach Ilyani boleh hubungi saya. Ia bukan sahaja membantu dalam turun berat badan, tetapi ia membantu kesihatan anda. 

Kredit kepada Majalah NONA, Bahagian Diet Sihat

-Coach ilyani-
012 5885877