Tuesday, 20 September 2016

FAKTA DAN MITOS DIET

MAKAN WAKTU MALAM MENGGEMUKKAN
Ini adalah mitos kerana tiada bukti atau kajian yang sahih yang menyatakan makan waktu malam itu menggemukkan. Walau bagaimanapun, pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan naik berat badan, dan kebanyakkan orang yang makan waktu malam suka makan secara berlebihan dan memilih makanan yang tinggi kalori. Ia akan mengakibatkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Sebaiknya amalkan rutin pemakanan yang awal dan teratur.

PEMANIS TAMBAHAN MAKANAN ADALAH TIDAK BAIK
Kiub gula, madu dan sirap jagung tinggi fruktos mempunyai kalori antara 48 dan 64 sesudu. Kajian menunjukkan tubuh badan menyerap gula tambahan dari makanan seperti sirap jagung tinggi fruktos dan kiub gula dengan kaedah/cara yang hampir sama. Daripada mengelakkan satu jenis pemanis tambahan di dalam makanan, lebih baik hadkan pengambilan gula tambahan secara keseluruhan seperti minuman berkarbonat dan gula-gula.

KOPI TIDAK BAIK UNTUK ANDA
Ini adalah mitos kerana pengambilan kopi secara sederhana iaitu 2 hingga 3 cawan sehari adalah diet sihat dan selamat kerana kopi mempunyai fitokimia antioksida. Kajian menunjukkan kopi mampu mengurangkan risiko diabetes type 2, hempedu batu, penyakit Parkinson dan sesetengah kanser. Pastikan anda tahu kandungan kalori di dalam secawan kopi dan elakkan krim, gula dan sirap perasa yang lain.

LAGI SIKIT LEMAK ANDA MAKAN LAGI BAIK
Tubuh badan memerlukan 3 komponen nutrisi untuk kekal sihat; protein, karbohidrat dan lemak. Ya, lemak! Lemak bagus terdapat pada makanan seperti kekacang, bijian/seeds, ikan, avocado, zaitun dan bahan tenusu rendah lemak yang berfungsi membekalkan tenaga, membina sel baru dan membina hormon badan. Lemak tidak baik yang perlu dielakkan ialah lemak tepu dan lemak trans, terdapat pada makanan seperti mentega, bahan tenusu tinggi lemak, daging merah dan makanan proses.

MENUKARKAN GARAM LAUT UNTUK KURANGKAN SODIUM
Menukar garam biasa kepada garam laut untuk kurangkan sodium adalah mitos. Mengikut berat, garam gourmet dan garam biasa mempunyai kandungan sodium yang sama. Sebaliknya, gunakan lada hitam, herba dan rempah ratus di dalam makanan. Sebenarnya 75% kandungan garam dalam badan diperolehi daripada sup, bahan perasa, keju dan makanan dalam tin. Sodium berfungsi mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolite di dalam badan.

MINUM AIR UNTUK BANTU TURUN BERAT BADAN
Ya! Air sangat penting untuk tubuh badan kita tetapi minum air untuk bantu turun berat badan? Ia tidaklah seratus peratus betul. Ia memang betul boleh membantu untuk turun berat badan jika mengambil air kosong dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mengambil air manis yang tinggi kalori. Tetapi jika minum air kosong sahaja tanpa menukar diet atau pelan pemakanan anda ia tidak memberi apa-apa kesan ke atas berat badan anda.

ELAKKAN BIJIRIN PROSES
Bijirin asli baik untuk kita kerana ia penuh dengan serat, vitamin, mineral dan fitokimia. Ia tidak bererti anda tidak boleh mengambil bijirin proses langsung. Bijirin proses amat berguna ketika tubuh badan sedang pulih dari jangkitan pada usus. Sesetengah bijirin proses juga kaya dengan asid folik. Tidak dinafikan bijirin asli pilihan yang lebih sihat berbanding bijirin proses tetapi bijirin proses juga mempunyai kelebihannya.

GULA MEMBUATKAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Seringkali kita dengar mitos ini tetapi hakikatnya kajian menunjukkan gula tidak membuatkan kesemua kanak-kanak hiperaktif. Cuma berikan perhatian terhadap pengambilan gula-gula kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak tidak makan makanan berkhasiat.

ATLET YANG BAIK MEMERLUKAN PROTEIN YANG BANYAK
Protein diperlukan untuk membina stamina dan otot tubuh badan. Walau bagaimanapun kebanyakkan diet menyarankan untuk mengambil kandungan protein yang tinggi. Untuk menjadi seorang atlet yang baik bukan sahaja perlu mengambil protein tetapi kalori secukupnya dan rutin latihan secara berterusan. Mereka juga perlukan snek-karbohidrat dan snek-protein sebelum dan selepas rutin latinan intensif.

PENGAMBILAN GULA YANG TINGGI MENGAKIBATKAN DIABETES
Risau dengan tabiat suka makan kek atau manisan lain akan menyebabkan sakit diabetes? Jangan risau kerana ia hanyalah mitos. Jika anda bukan pesakit diabetes, memakan gula tidak akan menyebabkan anda untuk mendapat penyakit diabetes. Jadi apa yang boleh menyebabkan diabetes? Menjadi seorang yang tidak aktif dan mempunyai berat badan berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes. Nasihat saya, jauhi makanan yang tidak bernutrisi dan tinggi gula dan bangun dari kerusi itu!

KARBOHIDRAT MENYEBABKAN NAIK BERAT BADAN
Ia mitos kerana bukan semua karbohidrat tidak baik untuk tubuh badan anda.  Walau bagaimanapun, ada diet rendah karbohidrat untuk pengamal diet turun berat badan. Diet rendah karbohidrat ini juga biasanya diet kalori yang terkawal. Selepas satu jangka masa ia boleh membuatkan anda turun berat badan tanpa mengetahui dari sumber protein, lemak mahupun karbohidrat.

*TIPS MENGETAHUI MITOS DIET*
1. Jika ia kedengaran terlalu bagus, ia mungkin semudah yang disangka. Ya! Ia mitos.
2. Tanya diri anda, “Siapa yang cakap?” Adakah dia membuat kenyataan yang tidak berasas? Adakah dia membuat kenyataan semata-mata untuk menjual produknya? Adakah informasi tersebut berdasarkan kajian?
3. Tiada rahsia untuk turun berat badan ataupun kekalkan berat badan. Memang dari dulu lagi kita tahu makan makanan berkhasiat dan bersenam adalah kunci untuk gaya hidup yang sihat.


Ramai yang hanyut dalam zaman teknologi serba moden dan canggih kini. Jangan jadi alpa, scroll fb dan instagram untuk perkara yang tidak berfaedah. Carilah sumber inspirasi, ilmu dan ilham supaya kita kekal gemuk dan tidak sihat. Tidak mudah untuk turun berat badan jika dilakukan secara bersendirian. Join Cabaran Kurus 30 Hari bersama Coach ilyani. Ia seperti anda mempunyai personal coach di alam maya. Whatsapp 012-5885877 untuk fast response.

-Coach ilyani-
Coach kurus 0125885877


Friday, 16 September 2016

DIET RENDAH G.I

Terdapat pelbagai jenis diet yang popular di kalangan pengamal diet turan berat badan. Mungkin anda pernah dengar tentang diet Atkins, diet South Beach, diet rendah karbohidrat, diet rendah lemak, diet cecair, diet detoks, diet jus mahupun diet sup kubis. Terkini, diet Indeks Glisemik (G.I) kian menyorot perhatian kerana dilihat antara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan tanpa membebankan pengamalnya.

G.I. ialah sistem pengukuran nilai karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan keputusannya menaikkan paras glukosa dalam darah. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100. Makanan karbohidrat umumnya terbahagi kepada tiga kelompok iaitu:-
G.I. Tinggi melebihi paras 70
G.I Sederhana lingkungan 55-70
G.I Rendah di bawah paras 55

Semakin tinggi nilai G.I karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang dirembeskan kerana tindak balas karbohidrat tersebut. Makanan tinggi G.I seperti bikut, bijirin emping jagung, kraker, madu, minuman ringan dan buah tembikai amat cepat melepaskan glukosa ke dalam darah. Peningkatan tenaga sebegini amat baik  buat golongan atlet tetapi tidak sama sekali bagi individu normal yang menjalankan gaya hidup sederhana.

Sementara itu, makanan dengan G.I rendah seperti epal, kekacang, aprikot kering, kek oat, pasta dan pir dicerna lebih lambat, tetapi menstabilkan tahap glukosa darah. Ini memberi lebih banyak faedah kepada kesihatan. 
"Banyak perbezaan antara pelan diet G.I dan diet popular lain. Paling ketara diet G.I diilhamkan daripada ilmu sains yang terbaik,"terang Professor Nutrisi di Universiti Oxford Brookes, Jeya Henry.

Walaupun pada asalnya diet rendah G.I ini direka khas untuk pesakit diabetes mengawal tahap gula darah mereka, namun ia sebetulnya sesuai untuk sesiapa sahaja. Kajian mendapati bahawa diet ini membantu untuk meningkatkan paras kolesterol baik HDL dan mengurangkan paras kolesterol tidak baik LDL yang menyebabkan risiko penyakit jantung. Bahkan, diet ini juga selamat untuk seisi keluarga. 



Sebagai seorang Coach Turun Berat Badan, saya sendiri mengamalkan diet G.I. Ini berlaku secara tidak langsung kerana saya tidak tahu mengenai G.I pada ketika sedang berdiet. Saya cuma mengikut jadual pemakanan yang diberikan oleh Coach saya. Sarapan dan dinner dengan shake nutrisi, lunch nasi berlauk dan snek dua kali. Rupanya Sarapan dan dinner saya iaitu nutrisi shake juga diiktiraf sebagai makanan rendah G.I. Alhamdulillah saya berjaya turun berat 15kg post pregnancy pertama dan 13kg post pregnancy kedua. Kepada ibu-ibu atau wanita yang ingin mencuba diet G.I dengan bimbingan Coach Ilyani boleh hubungi saya. Ia bukan sahaja membantu dalam turun berat badan, tetapi ia membantu kesihatan anda. 

Kredit kepada Majalah NONA, Bahagian Diet Sihat

-Coach ilyani-
012 5885877


Monday, 15 August 2016

AWAS 7 Kaedah Diet Berbahaya

(sumber: Mingguan Wanita 07-13 June 2013, kelolaan: Khairun Nisa Ishak)

Bagi yg mungkin terfikir tuk meneruskan diet ekstrem sebegini, apa kata anda baca artikel ini selanjutnya. Fikir semasaknya risiko & mudarat yg bakal dihadapi sekiranya anda cuba diet berisiko seperti di bawah:

Diet Atkins

  • Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat & tinggi protein seperti daging merah, telur, ikan & kadangkala kulit gandum. Diet ini diperkenalkan oleh Dr.Robert C. Atkins, yg juga merupakan seorang kardiologi. 
  • Bahayanya diet ini adalah makanan berprotein tinggi boleh menurunkan kadar kalsium yg menyebabkan berlakunya osteoporosis. Selain itu, ia juga menimbulkan masalah sembelit, usu besar, buah pinggang atau kenaikan kadar kolesterol tubuh

Diet Cuka Epal
  • Cuka epal dipercayai boleh meningkatkan metabolisme tubuh & mengurangi selera makan. Diet ini menyarankan mereka yg mengamalkannya tuk minum 3 sudu teh cuka epal setiap kali sebelum makan. Ini bagi membantu mereka menurunkan selera makan, sekali gus makan dengan sedikit. 
  • Bahayanya diet seperti ini adalah kerana cuka epal mengandungi asid yg sangat tinggi. Minum cuka secara terus boleh membuatkan saluran tekak & perut mudah luka. 

Diet Cairan
  • Diet jenis ini menurunkan berat badan sehingga 24.5kg dlm 9 minggu. Caranya, hanya dgn mengambil cairan saja sama ada berbentuk sup, bubur cair sehingga minuman berprotein. Untuk aktiviti pula, diet ini mencadangkan pengamalnya berjalan di treadmill 3 jam setiap hari.
  • Bahayanya diet seperti ini adalah apabila hanya mengambil minuman saja, tubuh akan mengambil lemak & jaringan tubuh sebagai cadangan tenaga. Akibatnya, organ tubuh berisiko tuk mendapat kesan yg mudarat kerana digunakan sebagai cadangan tenaga agar tubuh boleh melakukan aktiviti harian. 


Diet Lemon
  • Dikenali dgn Lemonade Diet atau Maple Syrup Diet, diet ini menyarankan pengamalnya hanya minum campuran jus lemon, sirap maple, serbuk cili & air putih selama 10-40 hari.
  • Bahayanya mengikuti program diet ini membuatkan kadar gula dalam tubuh tergangguserta boleh menyebabkan kekurangan vitamin. Selain itu, ia boleh menyebabkan kehilangan jaringan otot. 


Diet Sup Kubis
  • Diet ini merupakan salah satu diet ekstrem yg boleh menurunkan berat badan secara drastik dgn hanya mengambil sup kubis sebanyak-banyaknya setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
  • Bahayanya diet ini adalah, ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi dlm jumlah besarselain menyebabkan kekurangan vitamin & mineral. Malahan, ia juga boleh menyebabkan kerosakan rambut, kuku & kulit. 


Diet Biskut
  • Diet ini diperkenalkan oleh Dr. Sanford Siegal. Ia merupakan diet rendah kalori yg menggunakan biskut khas tuk diet sebagai pengganti makanan harian. Pengamal diet ini perlu mengambil antara 4-6 keping biskut setiap hari
  • Bahayanya menjalani diet ini menyebabkan anda kekurangan kalori kerana biskut diet hanya mampu memenuhi sebanyak 800 kalori setiap hari. Ini bermakna, tenaga anda hanya kuat untuk mengunyah biskut diet ini.


Diet Cacing Pita
  • Diet ini adalah diet paling ekstrem. Diet cacing pita dilakukan dgn cara memakan daging yg mengandungi telur cacing pita (yg dikatakan sudah disterilkan). Cacing ini boleh membesar sehingga 9 meter dlm perut manusia. Kehadiran cacing dlm perut boleh mengurangi selera makan mengganggu sistem pencernaan di samping mengganggu penyerapan nutrisi makanan sehingga dipercayai boleh membantu dlm menurunkan berat badan dgn cepat. Setelah mencapai berat badan yg diingini, pengamalnya perlu minum ubat antibiotik bg membunuh cacing tersebut. 
  • Bahayanya cacing pita menyebabkan rasa sakit pada perut, cirit-birit, sembelit malahan boley menyebabkan radang pada dubur. 

Tuesday, 5 April 2016

Kids Activity: Painting

Assalamualaikum. Salam Sejahtera

Nak cerita pasal aktiviti bersama anak yg sesuai untuk umur 2 tahun 1/2 ke atas iaitu Bermain Dengan Paint. Saya tak gunakan paint brush sebab memang nak focus on motor sensory. *Jangan bagi anak bermain seorang ya, better parents involve sekali. Unless anak sudah agak besar dan biasa dengan paint.

Bahan-bahan yang saya gunakan ialah:
(1) Sponge berbentuk- segi empat, love, rectangle dan circle
(2) CRAYOLA Washable Fingerpaint- beli di Toys r Us- 4 warna
(3) Colour A4 paper
(4) Pinggan pakai buang
(5) Kain- untuk lap anak jika terkena bahagian muka
(6) Newspaper- alas tempat bermain paint
(7) Plastik sampah


Cara bermain mula-mula bentang surat khabar sebagai alas tempat bermain. Saya bentang surat khabar di porch depan rumah dan sebenarnya boleh juga tak ada lapik cuma kena cuci lepas anak bermain. Selepas tu sediakan plastik sampah dan kain utk lap jika paint terkena mana-mana bahagian sensitif anak. Letak paint di atas 4 pinggan pakai buang yg berbeza. Jika ada lebih boleh sediakan lebih. Pastikan sponge sudah dipotong mengikut bentuk yg dikehendaki. Saya buat shapes. Antara cadangan yg boleh dibuat ialah bentuk binatang atau pokok. Saya susun pinggan di sekeliling anak supaya dia senang memilih. Mulakan dengan brief instruction seperti; "OK aktiviti kita hari ni ialah Play with Paint. Kita ada sponge with different shapes. What shape is this?" Biarkan anak jawab jika dia sudah tahu mengenal bentuk, jika belum boleh ajar dia. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali. Selepas itu berikan 1 per 1 kertas dan biarkan anak memilih warna kertas tersebut. Sesudah memilih boleh la mulakan paint dengan shaped sponge. Selepas kertas ke 3 anak saya dah tak pakai sponge, dia pakai tangan dia dan saya ajar buat palm print & finger print. Saya turut serta sepanjang bermain warna dengan anak sambil mengajar mengenal warna, bentuk, dan kebersihan. YES it will get dirty but not too worry ia bergantung kepada character anak anda, seperti anak saya dia tak suka paint terkena di bahagian mata jadi dia memang akan minta untuk dilap menggunakan kain. Anggota bahagian lain dia tak kisah. Baju dan kaki memang akan terkena paint dan dia tak marah ataupun geli ataupun rimas. Anda harus kenalpasti character anak anda sendiri supaya aktiviti ini seronok dan bukan memberikan stress kepada anak-anak. Permainan ini makan masa lebih kurang 30min hingga 1 jam. Setelah selesai saya tunjukkan hasil kerja kepada anak saya dan saya beritahu masa untuk kemas. Kami sama-sama masukkan suratkhabar dalam plastik sampah, mengemaskan kawasan permainan dan akhir sekali mandikan dia di bilik air. Oh ya since it's an outdoor activity, saya ada bercerita tentang burung yg berkicauan, bunyi yg datang dari tempat construction, dan apa sahaja yg lalu atau kami dengar saya akan alert kan kepada anak. Ini bertujuan sambil bermain di luar, sambil menikmati keindahan dan ciptaan Allah SWT.

Plastik sampah

Set up tempat

Ready to play: So excited!

His artwork
Focusing on his palm painting

Palm print
Sekian untuk coretan dari saya Coach ilyani :) Selamat mencuba dan enjoy

Monday, 28 March 2016

4 FAKTOR KEGEMUKAN

FAKTOR-FAKTOR KEGEMUKAN
1. Stress
2. Keturunan
3. Malas bersukan
4. Pemakanan

STRESS boleh menggemukkan? Ya! Tekanan dari persekitaran dan orang lain boleh menyebabkan berat badan naik. Bayangkan bila keadaan kita asyik tertekan, stress, otak serabut, kita xdpt selesaikan masalah ataupun nak release stress, apa yg biasa kita buat? MAKAN!!! Jadi nak elakkan kegemukan, elakkan stress. Tak boleh elak stress cari jalan untuk release stress smile emoticon

KETURUNAN. Ya Kajian oleh satu kumpulan saintis menemui gen yg dipanggil FTO adalah gen yang dikaitkan dengan obesiti. Gen tersebut menyebabkan tenaga dari makanan akan tersimpan sebagai lemak dan bukannya digunakan oleh badan. Kajian tersebut dijalankan oleh para saintis di MIT dan Harvard University.

MALAS BERSUKAN/ GAYA HIDUP. Gaya hidup seseorang sangat mempengaruhi saiz badan dan kesihatannya. Kerap bersenam, aktif dalam aktiviti harian, tak banyak duduk adalah seperti yang dimaksudkan gaya hidup yg aktif. Jadikan senaman sebagai rutin (2-4 kali seminggu) dan elakkan byk duduk. CONFIRM pembakaran kalori berlaku dengan lebih banyak dan anda tidak akan naik berat badan.

PEMAKANAN yang sihat dan berkualiti menjadikan badan sihat dan bertenaga. Elakkan MAKANAN PROSES (fast food, junk food) dan MAKANAN/MINUMAN TINGGI GULA (air bergas, pastry, kek, donut). So nak makan dan minum apa? Banyakkan makanan natural (organik) seperti sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein natural (organik). Kenapa organik? Itulah bahan yg terbaik yg boleh kita berikan kepada badan dan kesihatan kita. TIADA bahan kimia, tiada racun, tiada radikal bebas (penyebab penyakit dan kanser). Bagaimana pula dari segi daging? Pilihlah ikan dari dasar laut (kebarangkalian terkena pencemaran lebih sedikit berbanding ikan di kawasan lain), ayam/kambing/lembu yg tidak dicucuk hormon.
Jika kita tidak mampu memerikan makanan organik kepada tubuh badan kita, tiada masalah jika nak ambil dr sumber bukan organik, cuma pastikan mencuci sayuran dan buah dengan bersih sebelum memakannya. Sumber protein dari haiwan pula jika memasak pastikan kurangkan minyak trans/tepu dan masak secara sihat dengan tidak menggunakan byk gula dan garam dan juga penambah rasa.

SEMOGA BERMANFAAT
Follow FB Coach ilyani dan Instagram @elya126

Monday, 14 March 2016

Minuman 3-in-1 Bahaya?!

Adakah minuman 3-in-1 bahaya?


Sumber: Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.


Menurut artikel tersebut terdapat beberapa faktor yang menyebabkan minuman 3-in-1 bahaya. Antaranya:-
1- Kandungan gula yang berlebihan. Memudaratkan pesakit diabetes dan pesakit jantung jika pengambilan minuman ini tidak dikawal.
2- Kandungan ginseng/tongkat ali yang dinyatakan di paket minuman berfungsi sbg membekalkan tenaga sebenarnya terlalu sedikit. Kafein yg terkandung dalam minuman yang sebenarnya memainkan peranan menghilangkan rasa mengantuk sekaligus membekalkan tenaga. Pengambilan kafein yg berlebihan boleh menyebabkan rasa berdebar-debar (palpitasi) dan masalah buang air kecil.
3- Salah satu bahan di dalam minuman 3-in-1 ialah krimer susu bukan tenusu. Ia diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan merupakan sejenis lemak tepu. Lemak tepu boleh menyumbatkan salurab arteri darah dan menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
4- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori (bersamaan 2 keping roti putih/ segenggam nasi) jika sehari diambil 3 paket bersamaan 600 kalori. Ia boleh menyumbang kepada berat badan berlebihan.


Mengapakah masih rakyat Malaysia masih mengambil minuman 3-in-1 walaupun tahu akan bahayanya minuman ini? Sebenarnya bukanlah tidak dibenarkan pengambilan minuman 3-in-1 tetapi perlu diambil secara sederhana dan diseimbangkan dengan makanan lain.
1- Kos yang murah dalam lingkungan RM0.50-RM1.00 satu paket
2- Gaya hidup masyarakat yg sibuk & terikat dengan jadual kerja harian; penyediaan minuman yg cepat dan mudah

***Saya sentiasa menekankan kepada mereka yang ingin turun berat badan utk berhenti mengambil minuman 3-in-1 sementara program turun berat badan. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3L sehari supaya pembuangan toksin berlaku dengan baik dan pengambilan kalori seharian dapat dikurangkan mengikut keperluan kalori metabolisma badan.
Tips untuk mereka yang berniat untuk turun berat badan ialah elakkan mengambil minuman berkalori tinggi (bergas, berperisa, 3-in-1) sebaliknya minum air kosong (0 kalori). 

Coach ilyani 0125885877

Tuesday, 23 February 2016

Kids Activity: Frozen Animals

Assalamualaikum ❤️❤️❤️

Aktiviti bersama anak soleh hari ni ialah rescue mainan binatang (ala yg kecik2 tu) yg sesuai untuk 2-3 tahun.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah:
1. Belon
2. Bekas/tupperware
3. Air
4.  Mainan binatang (rusa, buaya, zebra,etc.)

Cara-cara penyediaan aktiviti ini ialah
1. Tiup belon utk bagi kembang (memudahkan utk memasukkan mainan). Masukkan air dlm belon kemudian binatang mainan. Ikat belon.
2. Di dalam tupperware/bekas, masukkan beberapa binatang mainan dan isikan air. 
3. Simpan belon dan bekas/tupperware dlm peti ais (freezer). Biarkan sekurang-kurangnya 4jam. 
4. Keluarkan belon berisi mainan, keluarkan ais berisi mainan dari belon. 
5. Siap untuk bermain dengan anak-anak.
6. Sediakan 1 bekas air suam dan senduk untuk percepatkan proses ice melting.

*sewaktu bermain dgn anak pastikan anda bermain di luar rumah (it's going to wet)
*cerita bagaimana ais boleh dicairkan dengan air 
*cerita bagaimana suhu boleh berubah-ubah



Sekian untuk post saya😊Selamat mencuba

~Coach ilyani 0125885877