MAKAN WAKTU MALAM MENGGEMUKKAN
Ini adalah mitos kerana tiada bukti atau kajian yang sahih yang
menyatakan makan waktu malam itu menggemukkan. Walau bagaimanapun, pengambilan
kalori berlebihan akan menyebabkan naik berat badan, dan kebanyakkan orang yang
makan waktu malam suka makan secara berlebihan dan memilih makanan yang tinggi
kalori. Ia akan mengakibatkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Sebaiknya
amalkan rutin pemakanan yang awal dan teratur.
PEMANIS TAMBAHAN MAKANAN ADALAH TIDAK BAIK
Kiub gula, madu dan sirap jagung tinggi fruktos mempunyai
kalori antara 48 dan 64 sesudu. Kajian menunjukkan tubuh badan menyerap gula
tambahan dari makanan seperti sirap jagung tinggi fruktos dan kiub gula dengan
kaedah/cara yang hampir sama. Daripada mengelakkan satu jenis pemanis tambahan
di dalam makanan, lebih baik hadkan pengambilan gula tambahan secara
keseluruhan seperti minuman berkarbonat dan gula-gula.
KOPI TIDAK BAIK UNTUK ANDA
Ini adalah mitos kerana pengambilan kopi secara sederhana
iaitu 2 hingga 3 cawan sehari adalah diet sihat dan selamat kerana kopi
mempunyai fitokimia antioksida. Kajian menunjukkan kopi mampu mengurangkan
risiko diabetes type 2, hempedu batu, penyakit Parkinson dan sesetengah kanser.
Pastikan anda tahu kandungan kalori di dalam secawan kopi dan elakkan krim,
gula dan sirap perasa yang lain.
LAGI SIKIT LEMAK ANDA MAKAN LAGI BAIK
Tubuh badan memerlukan 3 komponen nutrisi untuk kekal sihat;
protein, karbohidrat dan lemak. Ya, lemak! Lemak bagus terdapat pada makanan
seperti kekacang, bijian/seeds, ikan, avocado, zaitun dan bahan tenusu rendah
lemak yang berfungsi membekalkan tenaga, membina sel baru dan membina hormon
badan. Lemak tidak baik yang perlu dielakkan ialah lemak tepu dan lemak trans,
terdapat pada makanan seperti mentega, bahan tenusu tinggi lemak, daging merah
dan makanan proses.
MENUKARKAN GARAM LAUT UNTUK KURANGKAN SODIUM
Menukar garam biasa kepada garam laut untuk kurangkan sodium
adalah mitos. Mengikut berat, garam gourmet dan garam biasa mempunyai kandungan
sodium yang sama. Sebaliknya, gunakan lada hitam, herba dan rempah ratus di
dalam makanan. Sebenarnya 75% kandungan garam dalam badan diperolehi daripada
sup, bahan perasa, keju dan makanan dalam tin. Sodium berfungsi mengekalkan
keseimbangan cecair dan elektrolite di dalam badan.
MINUM AIR UNTUK BANTU TURUN BERAT BADAN
Ya! Air sangat penting untuk tubuh badan kita tetapi minum
air untuk bantu turun berat badan? Ia tidaklah seratus peratus betul. Ia memang
betul boleh membantu untuk turun berat badan jika mengambil air kosong dengan alasan
untuk mengelakkan diri daripada mengambil air manis yang tinggi kalori. Tetapi
jika minum air kosong sahaja tanpa menukar diet atau pelan pemakanan anda ia
tidak memberi apa-apa kesan ke atas berat badan anda.
ELAKKAN BIJIRIN PROSES
Bijirin asli baik untuk kita kerana ia penuh dengan serat,
vitamin, mineral dan fitokimia. Ia tidak bererti anda tidak boleh mengambil
bijirin proses langsung. Bijirin proses amat berguna ketika tubuh badan sedang
pulih dari jangkitan pada usus. Sesetengah bijirin proses juga kaya dengan asid
folik. Tidak dinafikan bijirin asli pilihan yang lebih sihat berbanding bijirin
proses tetapi bijirin proses juga mempunyai kelebihannya.
GULA MEMBUATKAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF
Seringkali kita dengar mitos ini tetapi hakikatnya kajian
menunjukkan gula tidak membuatkan kesemua kanak-kanak hiperaktif. Cuma berikan
perhatian terhadap pengambilan gula-gula kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak
tidak makan makanan berkhasiat.
ATLET YANG BAIK MEMERLUKAN PROTEIN YANG BANYAK
Protein diperlukan untuk membina stamina dan otot tubuh
badan. Walau bagaimanapun kebanyakkan diet menyarankan untuk mengambil
kandungan protein yang tinggi. Untuk menjadi seorang atlet yang baik bukan
sahaja perlu mengambil protein tetapi kalori secukupnya dan rutin latihan
secara berterusan. Mereka juga perlukan snek-karbohidrat dan snek-protein
sebelum dan selepas rutin latinan intensif.
PENGAMBILAN GULA YANG TINGGI MENGAKIBATKAN DIABETES
Risau dengan tabiat suka makan kek atau manisan lain akan
menyebabkan sakit diabetes? Jangan risau kerana ia hanyalah mitos. Jika anda
bukan pesakit diabetes, memakan gula tidak akan menyebabkan anda untuk mendapat
penyakit diabetes. Jadi apa yang boleh menyebabkan diabetes? Menjadi seorang
yang tidak aktif dan mempunyai berat badan berlebihan boleh mengakibatkan
penyakit diabetes. Nasihat saya, jauhi makanan yang tidak bernutrisi dan tinggi
gula dan bangun dari kerusi itu!
KARBOHIDRAT MENYEBABKAN NAIK BERAT BADAN
Ia mitos kerana bukan semua karbohidrat tidak baik untuk
tubuh badan anda. Walau bagaimanapun,
ada diet rendah karbohidrat untuk pengamal diet turun berat badan. Diet rendah
karbohidrat ini juga biasanya diet kalori yang terkawal. Selepas satu jangka
masa ia boleh membuatkan anda turun berat badan tanpa mengetahui dari sumber
protein, lemak mahupun karbohidrat.
*TIPS MENGETAHUI MITOS DIET*
1. Jika ia kedengaran terlalu bagus, ia mungkin semudah yang
disangka. Ya! Ia mitos.
2. Tanya diri anda, “Siapa yang cakap?” Adakah dia membuat
kenyataan yang tidak berasas? Adakah dia membuat kenyataan semata-mata untuk
menjual produknya? Adakah informasi tersebut berdasarkan kajian?
3. Tiada rahsia untuk turun berat badan ataupun kekalkan
berat badan. Memang dari dulu lagi kita tahu makan makanan berkhasiat dan
bersenam adalah kunci untuk gaya hidup yang sihat.
Ramai yang hanyut dalam zaman teknologi serba moden dan
canggih kini. Jangan jadi alpa, scroll fb dan instagram untuk perkara yang
tidak berfaedah. Carilah sumber inspirasi, ilmu dan ilham supaya kita kekal
gemuk dan tidak sihat. Tidak mudah untuk turun berat badan jika dilakukan
secara bersendirian. Join Cabaran Kurus 30 Hari bersama Coach ilyani. Ia
seperti anda mempunyai personal coach di alam maya. Whatsapp 012-5885877 untuk
fast response.
-Coach ilyani-
Coach kurus 0125885877
No comments:
Post a Comment